salam,aku xthu nk ckp pe dh,aku kene saman pastu skrg nk kene g mahkamah dh ni,
so time2 ni sapa leh tolong aku cube ckp??xde sape,so gadoh cm ne gan family
mesty family gak yang tolong..
korang cye lah ckp aku,klu xcye aku doakan korang ase lak supaya korang erti ape maksud bersyukur..
Wednesday, 29 June 2011
Tuesday, 28 June 2011
memorie bersama dia di uniti.


aku penah napak dia bual gan laki lain waktu tu aku tgh main bole tampa aku igat g aku pukul bola tu sampai nk kene dia..hahaha.supaya dia dok jauh cikit.hahaha..

tp cube nk ayat dia balik tp sayang dia dh ada yang pnye..aku sabar dan aku rehdo,lg pown aku dh sakit ni,xlame kang jande cepat lak dia..hehehe.k la aku cite panjang2 ni wt orng bosan je...hehehehe....harap kamu menggerti ape isi hati ku....hehehehe


Wednesday, 15 June 2011
farah fauzana tampa solek

Siapa yang tidak kenal Farah Fauzana atau Fafau kan? Imej rupa paras juga perlu dijaga. Melihatkan gambar-gambar tersebut, kami turut bersetuju dengan komen peminat terbabit. Iyelah, Fara kan antara nama yang cukup gah di Malaysia ini, so penampilan juga perlu dijaga, maka tidaklah nampak selekeh di pandangan peminat. Betul tak? At least mekaplah sikit walaupun bukan mekap tebal. Tak salah kan?


percutian paling best



DUA orang staf mengiringi kami ke Terminal Jeti Lumut, usai mendaftarkan nama di kaunter resort yang beroperasi berhampiran jeti berkenaan. Sebaik saja menyusun beg dan barangan di ruang hadapan bot, para penumpang ditegaskan memakai jaket keselamatan.
Enjin bot persendirian milik resort mula dihidupkan dan dengan pantas memecahkan kesunyian persekitaran jeti. Selepas memastikan para penumpang berada dalam keadaan yang baik, pemandu bot terus membelah lautan menuju ke destinasi penginapan impian.
Perjalanan selama 30 minit langsung tidak terasa. Masing-masing terlampau teruja dengan keindahan air laut, kehijauan flora dan pemandangan perkampungan nelayan di persisiran pantai. Rupa-rupanya keterujaan yang terbit dalam diri tidak terhenti di situ sahaja. Keseronokan untuk menerokai dan bersantai di sebuah resort mewah dan eksklusif milik YTL Hotels semakin membuak.
Benar, sesiapa saja pasti mengimpikan pengalaman percutian yang bebas dari hiruk-pikuk kota, malah bebas daripada bebanan kerja yang hanya mengusutkan kepala. Maka, Pangkor Laut Resort di Pulau Pangkor, Perak merupakan lokasi percutian yang paling ideal.
Memandangkan persekitaran resort ini hanya ditemani air laut, flora dan fauna yang secara tidak langsung menyuntik atmosfera percutian mempesonakan. Apatah lagi para pengunjung diberi kebebasan memilih jenis bilik dan vila mengikut cita rasa masing-masing.
Vila terapung
Kepada mereka yang merindui bunyi ombak jangan lepaskan peluang memilih Sea Villa yang berlantaikan air laut. Vila yang berkonsepkan ala perkampungan nelayan itu menjanjikan kedamaian yang sukar ditemui di bandar. Luangkan seketika masa menghirup kopi di ruang beranda yang menghadap laut.
Sementara itu, bagi pencinta pepohon hijau, Garden Villa, yang diperbuat daripada kayu membolehkan pengunjung mendekatkan diri dengan flora. Vila yang didirikan di lereng bukit itu dikelilingi rimbunan pokok-pokok.
LALUAN utama ke ruang lobi yang menyerlahkan elemen moden dan kontemporari.
Bukan sahaja lokasi penempatan vila dititikberatkan malah, dekorasi vila turut diambil kira. Biarpun tidak sarat dengan perabot mewah tetapi ruang dalaman vila masih di tahap cemerlang.
Susun atur dan konsep hiasan lebih cenderung kepada sentuhan Melayu kontemporari dan turut menyelitkan elemen ala Bali terutamanya di ruang yang menempatkan tab mandi.
Ini membuktikan Pangkor Laut Resort yang dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1994 itu berjaya mengabadikan keanggunan tradisi untuk tatapan para pengunjung resort.
Selain itu, jika mahu mengisi perut dengan seleksi menu yang lazat, restoran The Straits, Feast Village atau Fisherman’s Cove sedia menyajikan menu dan layanan terbaik. Pujian diberikan kepada kumpulan chef kerana berjaya menghasilkan masakan tradisi orang Malaysia seperti roti canai, kari ayam, laksa atau mi kari buat pengunjungnya terutama pelancong asing.
Pantai Emerald Bay
“Pangkor Laut Resort sememangnya penginapan percutian yang terbaik dan berprestij. Ia bukan sahaja menawarkan konsep bilik dalam persekitaran yang selesa dan bersih, malah menyajikan keindahan flora dan fauna yang memukau pandangan mata.
BAGI pasangan bercinta, meneroka Pulau Pangkor dengan bot ini pasti menggamit suasana romantis.
“Bagi saya tolak ke tepi soal harga jika kita mengidamkan percutian yang mengasyikkan. Tidak keterlaluan saya katakan layanan dan servis daripada kumpulan staf resort ini bertaraf antarabangsa,” luah Abdul Hafiz Hambali, 28, yang berpeluang menikmati percutian di Pangkor Laut Resort seluas 120 hektar selama tiga hari dua malam.
Tambah pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur itu, Pantai Emerald Bay yang diibarat kolam renang besar dan dikelilingi rimbunan pohon menghijau antara kawasan rehat paling menarik minatnya.
Air laut yang membiru di samping tiupan angin sepoi-sepoi bahasa memberi ketenangan kepada pengunjung yang mengambil kesempatan berjemur dan menatap bahan bacaan di atas buaian gantung yang diikat antara dua batang pokok.
Memandangkan Pantai Emerald Bay terletak hampir dua kilometer (km) dari resort dan perlu menyusuri kawasan hutan simpan yang berbukit- bukau, maka perkhidmatan van disediakan buat kemudahan pengunjung.
“Selesai bermandi-manda di Pantai Emerald Bay, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakan makanan yang disediakan di bistro dan kafe yang dibina di tepi laut.
“Jika ingin melakukan aktiviti riadah bersama teman atau keluarga, pergi saja ke gelanggang bola tampar yang disediakan,” terang Hafiz yang terasa damai kala mendengar kicauan burung dan unggas hutan sambil merendamkan badan di dalam tab mandi tidak berbumbung di kamarnya.
SUSUR atur dan dekorasi bilik bercirikan Melayu tradisional.
Dasar laut Pangkor
Bagi pencinta dasar laut terokai keindahan hidupan laut dengan aktiviti snorkeling dan selam skuba, manakala pengunjung yang ingin meninjau sekeliling resort pilih saja aktiviti mendayung yang lebih seronok dilakukan bersama teman.
Selain itu, memahami tujuan utama pengunjung ke resort ini untuk berehat dan menikmati keindahan alam, Pangkor Laut Resort turut menyediakan dua buah kapal layar mewah untuk disewa. Ambil kesempatan tersebut melayari Selat Melaka dan gugusan pulau berhampiran sambil menyaksikan ikan-ikan berenang.
Kolam Infiniti yang menghadap laut jangan dibiarkan begitu saja. Nikmati pengalaman berenang sambil menyaksikan matahari terbenam di kaki langit.
PATUT LA SUSAH NK DEGAR DIA ADA BALAK...

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui pengalamannya bekerjasama dengan vokalis dan pemain dram kumpulan N.E.R.D iaitu Pharrell Williams dalam proses rakaman album barunya adalah sesuatu yang tidak pernah dijangkakan.
Kata Yuna, dia berasa seolah-olah bermimpi apabila terlibat secara langsung dalam penghasilan lima buah lagu baru di sebuah studio di Miami, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini."Saya tidak pernah termimpi akan berpeluang untuk bekerjasama dengan Pharrell. Sejak bangku sekolah saya sudah mendengar lagu-lagunya dan mengagumi kreativiti yang diketengahkan dalam muziknya.
"Rasa seperti tidak percaya pun ada apabila kami bersama-sama menulis lima lagu untuk album saya" katanya yang ditemui di Menara Star, di sini, Isnin.

Yuna dan Pharrell Williams di studio rakaman di Miami, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Dan Sebenarnya ini, kesungguhan dan kecekapan Williams sepanjang penerbitan album itu bukan saja mengagumkan, malah memberikan pengalaman baru.
"Pharrell bukan saja kreatif, malah begitu cepat mencari idea untuk menulis lagu. Berbeza dengan cara saya di mana selalunya saya tunggu ilham datang tetapi dia mencari ilham itu untuk menghasilkan muzik.
Dia seorang yang tegas, cekap dan bekerja-keras. Disiplin yang diterapkan dalam kerjanya begitu mengagumkan.
Bayangkanlah, saya seorang yang ego dan tidak mudah untuk akur dengan kata orang lain tetapi saya tunduk pada arahannya ketika rakaman kerana dia tahu apa yang dia mahu" kongsinya.Lima lagu yang ditulis bersama itu bakal dimuatkan dalam album sulungnya untuk pasaran AS kelak.
Album yang mengandungi 10 hingga 12 trek lagu itu dijangka dipasarkan pada hujung Oktober atau awal tahun depan.
Sejak mengikat kontrak di bawah Fader Label di AS pada Mac lalu, Yuna kerap berulang-alik di antara Malaysia dan AS untuk mengukuhkan jenamanya di sana.
Album EP Yuna untuk pasaran AS iaitu Decorate dipasarkan sejak 15 Mac lalu menerusi iTunes.
FACEBOOK DAH NAK PUPUS

KEBANYAKAN pengguna Facebook menutup akaun mereka kerana bimbang data dan maklumat peribadi diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.
Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.
"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru" katanya.
Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.
Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.
Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.
Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini.
MASALAH FILEM MALAYSIA

David Teo
Penerbit filem Kongsi David Teo tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap isu yang dibangkitkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) kononnya filem itu dan Gangster terbitan Skop Production mencemarkan nama pertubuhan terbabit.
Kata David, pihaknya hanya berurusan dan melayan perkara tersebut jika ia melalui prosedur yang betul selain pihak berkenaan dapat membuktikan kesalahannya."Saya tidak mahu memberi sebarang ulasan kerana perkara tersebut tidak ada bukti sama ada ia betul atau sebaliknya.
Saya hanya akan mempertimbangkan jika pihak Pekida memberi kami surat bertulis yang memohon agar kami perlu membuat permohonan maaf.
Sekarang siapa juga boleh buat sidang media atau berkata apa juga, tapi selagi ia tidak melalui cara yang betul dan mempunyai hitam putih kami tidak akan melayan" katanya ketika dihubungi mStar Online.
Tambah David, sepanjang pengalamannya menerbitkan lebih 59 buah filem, syarikatnya sentiasa menitikberatkan beberapa perkara yang boleh menimbulkan permasalahan atau menyinggung mana-mana pihak.
"Setiap filem yang kami terbitan akan mengambil kira beberapa aspek terutamanya apabila menyentuh sensitiviti masyarakat.
Untuk filem Kongsi, kami juga meminta nasihat dari pihak polis malah sebelum memulakan filem itu juga kami sudah memberitahu bahawa cerita tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan dan semua watak adalah rekaan semata-mata" ujarnya.
Bagaimanapun, kata David dia hanya akan mengambil tindakan selepas melakukan perbincangan dengan ahli lembaga pengarah MIG Production jika pertubuhan tersebut mengeluarkan kenyataan bertulis kepada mereka.
Sementara itu, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam dalam laporan sebuah akhbar semalam, enggan memohon maaf dan menganggap perkara tersebut sebagai sebuah ugutan.
Bagaimanapun, Yusof mahu kontroversi ini diselesaikan dengan cara yang baik dan melalui perbincangan kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman berkata jika kedua-dua penerbit enggan mengakui kesilapan dan memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan memanjangkan lagi perkara tersebut.
Kata Roslan, pihaknya mempunyai perancangan kedua jika kedua-dua penerbit filem itu berdegil untuk memohon maaf secara terbuka bagi membersihkan nama pertubuhan tersebut daripada dicop sebagai gengster.
"Kami tidak meminta banyak, hanya kata maaf secara terbuka dan akui kesilapan mereka yang menggunakan panggilan dan gelaran pertubuhan kami.
Namun jika kedua-duanya tidak mahu melakukan perkara tersebut sehingga tempoh yang diberikan terpulang kepada mereka, tapi kami sudah ada “plan B” untuk kedua-dua penerbit tersebut" katanya.
Tambahnya, dia juga menyambut baik cadangan untuk bersemuka dengan kedua-dua penerbit tersebut untuk berbincang perkara berkenaan.
"Saya memang setuju jika mereka ingin berjumpa dan berbincang tapi saya mahu perjumpaan itu nanti turut dihadiri oleh wartawan. Saya mahu mereka bersihkan nama Pekida dari persepsi yang mengatakan kami kumpulan gengster dengan meminta maaf sahaja bukan susah pun" katanya.
Kata Roslan lagi, selepas sidang media yang diadakan pada Jumaat lalu, pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof ada menghubunginya dan meminta maaf secara peribadi."Syamsul ada menghubungi saya dan meminta maaf secara peribadi, saya tahu dia sedar dengan kesilapannya sebab dia adalah ahli Pekida. Begitu juga Farid Kamil yang juga ahli kami tapi kedua-dua pengarah tersebut tidak tahu dan tidak faham situasi ini" katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)