Monday, 3 October 2011

persoalan orang luar terhadap islam


MUST READ STORY ! AMBIL PENGAJARAN DARINYA...

Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah?

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?

Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak cakap begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……

akibat lovebite






Kenapa lovebite berbahaya?

Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit 




jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak 


dinyatakan) 


dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan 


tangan 


kirinya selepas kejadian itu.





Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun 



mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, 


memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka 


dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.



Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan 


pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan 


strok!

So, hati hati lah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang 


merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.



Sunday, 2 October 2011

cara nak pulihkan facebook anda..


[ Artikel ] Cara membuang Facebook chat virus "hi.how are you?"




Assalamualaikum, selamat malam. Belum tido lagi ke? Hehehe. Ok! Petang tadi ada orang tanya Aliff Cullen kat fan page siap tulis wall lagi macam mana nak buang virus "hi. how are you? dalam facebook chat. Siap bagitau lagi banyak komputer member dah rosak. hahaha, padan muka. Sebelum klik link kat facebook chat. Pastikan dulu link dari mana, gunakan akal okay? =)

Aliff Cullen tak alami sendiri sebagaimana orang yang kena rasa tapi, kesian pulak orang yang dah terkena. jadi Aliff Cullen tulis la entri khas malam nih. Semoga bermanfaat.

Dari Aliff Cullen dapat tahu dari rakan, ramai pc yang kena terus padam. Dan router rosak.

Cara penyebaran: 
Penyebaran bermula di facebook chat dan berjangkit kepada sesiapa yang meng-klik pautan.

“hi. how are you?”  
*Jika anda reply mesej, chat akan otomatik menghantar anda:*  
“Wanna laugh?  ”
*Jika anda reply sekali lagi, chat otomatik akan menghantar :* 
“It is you on the video ?)) want to see?)”
*Jika anda reply sekali lagi, chat otomatik akn menghantar anda pautan meminta anda klik*
Sila share artikel ini kepada rakan anda, keluarga anda, dan ke facebook anda tanda prihatin kepada sesama insan

Jom buang virus!
Jika komputer anda sudah dijangkiti virus dan tidak dapat mengakses laman Facebook, sila lihat cara 1.

Cara 1 :
Sistem operasi windows mempunyai file dipanggil "hosts".
Buka "hosts" file.
Sila ke "Start" pada komputer anda dan pilih "Run"/.
Dalam "Run" dialog taip:

c:\windows\system32\drivers\etc
******************************
Untuk  Windows NT & Windows 2000
C:\winnt\system32\drivers\etc
Windows XP, Windows Vista or Windows 7
C:\Windows\System32\drivers\etc
Klik OK (Buka beberapa file)
Cari file bertajuk "hosts" dan "double-click". Sesudah buka, sila buka file tersebut dengan memilih program " Notepad" dari program yang ada.

Edit kemudian save file "hosts" tadi.
Dalam file "hosts" tadi akan ada satu baris seperti di bawah.
CARI BARIS INI: facebook.com (CONTOH: “127.0.0.1 http://www.facebook.com” )

Sila buang “127.0.0.1 http://www.facebook.com”
Tutup file "hosts" dan save.


Cara 2:
1. Buka "Task Manager" ( Ctrl+Alt+Delete)


2. Cari dan buang dengan "end processes" program bawah: 
fbtre6.exe
mstre6.exe


3. Buang file registry :
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “c:\windows\mstre6.exe”HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\Current Version\Run\”systray” = “C:\Windows\fbtre6.exe”HKEY_CURRENT_USER\AppEvents\Schemes\Apps\Explorer\Navigating;
CARA: 



Buka "Registry Editor". Klik "Start" kemudian cari "Run". Taip "regedit".Kemudian klik "OK".


Window baru akan terbuka, dan taip "regedit". kemudian klik "OK"


Cari file virus tersebut dengan mengikuti langkah di bawah:
HKEY_LOCAL_MACHINE > SOFTWARE > Microsoft > Windows > Current Version > Run > ”systray”

Untuk memastikan sebelum anda membuang file, sila cari "c:\windows\mstre6.exe" dan tekan delete.

PERHATIAN: JANGAN SESUKA HATI ANDA MEN-DELETE FAIL YANG ANDA SENDIRI TAK PASTI. KOMPUTER ANDA BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT START JIKA ANDA TERSALAH DELETE FILE.

Buang file di bawah:

C:\\Windows\\fbtre6.exe
C:\\Windows\\fmark2.dat


Masih tidak faham bagaimana mendelete file registry?
Klik sini.

Info tambahan:
-Bersihkan "start up" komputer anda (msconfig), dengan program ccleaner.
-Sila scan komputer anda dengan anti-virus (memastikan virus sudah dibuang).

Jika akaun facebook anda telah diambil alih, dan telah digunakan untuk menyebarkan SPAM facebook chat;
ANDA PERLU MENGIKUTI LANGKAH INI.
- Reset password akaun facebook anda dengan mengklik "Forgot your password?" pada halaman utama facebook atau "Account Settings" bila anda sudah login di facebook.
- Jika anda tidak dapat me-reset password akaun facebook anda kerana e-mel untuk anda untuk login sudah sudah ditukar, sila ke "help page".
- Pastikan anti-virus di komputer up-to-date, buat scan virus, buang file tidak berkenaan. Jika anda tidak melakukan ini, komputer anda telah dijangkiti, berkemungkinan akaun facebook anda bakal dijangkiti sekali lagi. 

Tiada anti-virus?
Muat turun "Avira anti-virus" di sini.

Muat-turun lain:

CCleaner
http://www.piriform.com/ccleaner/download (digunakan untuk membuang file yang tidak berkenaan di komputer anda)

Malwarebytes
http://www.malwarebytes.org/products/malwarebytes_pro ( perisian terbaik anti-malware untuk scan malware pada komputer anda, paling tidak sila scan seminggu sekali )

SuperaAntiSpyware
http://www.superantispyware.com/download.html ( perisian terbaik anti-spyware untuk scan spyware pada komputer anda, paling tidak sila scan seminggu sekali selepas scan malware )

P/S: Virus/worm selalu bertukar mengikut peredaran masa, mengambil masa untuk syarikat anti-virus meng-update versi anti-virus mereka untuk membolehkan perisian anti virus mengenal-pasti virus/worm terbaru yang ada.

Makluman - Orang yang membuat virus juga mampu membuat virus terbaru yang tidak boleh dikenal-pasti oleh perisian anti-virus.


Virus "hi. how are you?"


Jenis file virus facebook di atas:
- Flash-Player.exe


Nama virus di atas:
koobface


korang trai la ea...selamat mencuba...